Lawatan Ke Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2018, pihak eKelas Maxis dengan kerjasama Jabatan Perhilitan telah mengadakan Lawatan Ke Pusat Hidupan Liar Matang,Kuching sempena Pertandingan Mewarna. Seramai 14 orang murid yang dipilih dari seluruh Pusat Internet di Sarawak yang mempunyai eKelas dibawah selian Maxis untuk mengikuti Lawatan ini. 2 orang murid daripada peserta lawatan tersebut adalah dari Pusat Internet Kg. Bandong, Sibu iaitu Faisal dan Tie Chuen Ru.

Para peserta berkumpul di Pusat Internet Kg. Quop dan bergerak ke Pusat Hidupan Liar Matang dengan menggunakan bas. Sepanjang perjalanan, pelajar mendengar taklimat ringkas tentang Pusat Hidupan Liar Matang.

Banyak pengalaman yang diperoleh melalui lawatan ini seperti pelajar lebih tahu akan kepentingan melindungi flora dan fauna. Peserta juga berpeluang mengenali dan melihat sendiri pelbagai jenis binatang seperti Orang Utan, buaya, harimau dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali